Hyundai dan Kia perkenalkan kotak gear automatik dengan teknlogi penukaran gear ramalan

1308

Hyundai dan Kia telah merevolusikan teknologi transmisi Continuously Variable Transmission (CVT) dengan versi transmisi Smartstream Variable (IVT) mereka. Teknologi ini menjanjikan kecekapan bahan api yang lebih baik.

Hyundai dan Kia

Dipetik dari Motor1.com, transmisi tersebut telah disertakan pada Hyundai Accent. Hasilnya, kecekapan bahan api telah meningkat kepada 36mpg, dari 32mpg pada model sebelumnya.



Walau bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Dua syarikat pengeluar kereta dari Korea Selatan ini mencipta Information and Communication Technology (ICT) Connected Shift System.

Teknologi baru ini membolehkan kenderaan secara automatik menukar gear secara optimum selepas mengenal pasti keadaan jalan raya dan lalu lintas di hadapan.

Sistem ini berfungsi melalui maklumat navigasi real-time yang dihantar melalui kamera, radar dan navigasi 3D yang dilengkapi dengan peta jalan yang tepat.

Berbanding sistem Smart Drive Mode sedia ada pada kenderaan Hyundai dan Kia pada masa kini yang bergantung kepada pilihan pemandu, ICT Connect Shift System dapat meramalkan situasi di hadapan kenderaan.

Navigasi 3D dapat meramal ketinggian, cerun, kelengkungan dan pelbagai keadaan jalan serta keadaan trafik semasa. Radar mengesan kelajuan dan jarak dari kenderaan, manakala kamera menyediakan maklumat lorong.

Menurut ujian dari syarikat, ICT Connect Shift System mengurangkan kekerapan pergeseran dalam membelok di jalan raya yang melengkung sebanyak 43 peratus. Kekerapan brek juga telah dikurangkan sebanyak 11 peratus dalam senario yang sama, dengan itu mengurangkan keletihan pemanduan dan kehausan brek.

Hyundai dan Kia mahu menerapkan ICT Connect Shift System pada model kenderaan masa hadapan mereka. Ini mungkin digabungkan dengan teknologi autonomi. Adakah ia akan menjadi kenyataan? Menarik untuk kita tunggu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here