Tak sabar nak miliki Tesla Cybertruck? Hot Wheels perkenal versi RC yang sangat cool!

2369

Tesla Cybertruck dijadualkan memulakan pengeluaran pada akhir tahun hadapan. Tetapi, jika anda tidak sabar utnuk menantikan kehadirannya, Hot Wheels menyediakan penyelesaian dengan membuat permainan alat kawalan jauh jentera ini.

permainan Hot Wheels

Dilaporkan dari Carscoops, syarikat mainan tersebut menghasilkan Tesla Cybertruck dalam dua saiz (skala), iaitu skala 1:10 dan 1:64. Model skala 1:10 diletakkan sebagai “kelas hobi edisi terhad”, sementara model kedua cukup kecil untuk dimainkan di litar Hot Wheels.



permainan Hot Wheels

Model skala 1:10 boleh dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh (R/C) dengan harga USD400 atau bersamaan dengan RM1,687. Alat permainan ini sudah sedia untuk ditempah.

permainan Hot Wheels

Ia memang mahal, tetapi Hot Wheels berkata, Cybertruck ini mempunyai banyak perincian yang berfungsi sama dengan jentera yang sebenar.

Antaranya ialah sistem pacuan semua-roda (AWD) dengan mod Chill dan Sport.

permainan Hot Wheels

Syarikat itu berkata kereta alat kawalan jauh ini disertakan dengan bateri yang boleh dicas semula berkapasiti 9.9volt dan boleh mencapai kelajuan skala sehingga 402 km/j. Model ini juga mempunyai fungsi lampu depan dan belakang dan “pelekat vinyl pada tingkap”.

Bagi anda yang mempunyai bajet yang terhad, anda boleh membeli Cybertruck berskala 1:64 yang berharga USD20 atau bersamaan dengan RM84.

Panjangnya kira-kira 3 inci (76mm) tetapi ianya tidak terperinci seperti model yang lebih besar.

Walaupun cuma mempunyai pacuan dua roda, model ini turut mendapat pilihan mod Chill dan Sport. Ia boleh mencapai kelajuan lebih pantas sehingga 805km/j (kelajuan skala).

Kedua-dua kereta kawalan jauh ini dijadualkan diperkenalkan pada 15 Disember. Walau bagaimanapun, ianya terhad untuk penghataran ke Kanada dan Amerika Syarikat sahaja.

Untuk kita macam mana? Kena buat tempahan khas nampaknya!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here