Suzuki bakal kembali ke Malaysia dengan Naza – peluang anda untuk miliki Jimny dan Swift Sport yang lincah!

2107

Suzuki Motor Corp dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan Naza Group untuk membuat kemunculan semula ke negara ini.

Syarikat kenderaan kompak Jepun itu menarik diri dari pasaran Malaysia kira-kira 3 tahun lepas disebabkan persaingan sengit dalam pasaran segmen kompak.



Menurut The Malaysian Reserve yang memetik sumber industri, rundingan antara Suzuki dan Naza dijangka tamat tidak lama lagi dan pengeluar Jepun itu mungkin dapat kembali ke Malaysia seawal tahun ini.

“Kedua-dua pihak sedang membuat penilaian kerjasama itu. Mereka kini dalam peringkat akhir menetapkan perjanjian,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, model-model seperti Suzuki Swift dan Jimny bakal dijual di negara ini. Kedua-dua model itu pernah dijual sebelum ini. Vitara juga pernah popular sebelum era SUV global.

Sumber itu juga megesahkan bahawa jenama Jepun itu bukan bekerjasama dengan Berjaya Corp Bhd (BCorp) untuk memasarkan kenderaan mereka. Pihak BCorp juga menafikan berita itu.

Perjanjian dengan Naza itu hanya akan melibatkan kereta Suzuki, manakala pengedaran motosikalnya di Malaysia akan terus dijalankan mengikut kaedah semasa.

Suzuki yang dikenali sebagai pengeluar kenderaan kompak yang tahan lasak, telah menarik diri dari Malaysia pada 2016 selepas rasionalisasi dengan Proton Holdings Bhd dan DRB-Hicom Bhd.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani pada Jun 2015 itu, Proton diberikan akses kepada model, platform, janaan kuasa dan teknologi Suzuki dengan bantuan teknikal tertentu.

Syarikat usahasama Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd juga menutup operasi pemasangan model Suzuki Swift di kompleks DRB-Hicom di Pekan, Pahang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here