Cara daftar lesen motosikal P & L percuma! Bermula hari ini hingga 11 Mac

4942

Berita baik buat rakyat negeri Terengganu yang belum mempunyai lesen motosikal dan berkelayakan. Anda berpeluang untuk mendapat lesen motosikal secara percuma. Ikuti cara atau langkah mudah dibawah untuk memohon LMTS.

Untuk makluman, lesen percuma ini hanya diberikan khas untuk rakyat Terengganu sahaja atas program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS). Untuk kelayakan, anda boleh merujuk syarat-syarat seperti di bawah.



Pertama, anda perlu melayari laman web http://idana.terengganu.gov.my/ dan masukkan nombor kad pengenalan.

Seterusnya, masukkan maklumat peribadi sehingga selesai semua yang diperlukan daripada No1-6.

Syarat kelayakan

Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS)

  1. Permohonan mesti diisi melalui atas talian (ONLINE) menerusi pautan idana.terengganu.gov.my atau MANUAL.

2. Peserta program mesti berumur 16 tahun 1 hari (cukup bulan) hingga 40 tahun dan program ini untuk Lesen Motosikal (B2) sahaja semasa tarikh permohonan atau pada 11 Mac jam 23.59 malam.

3. Program ini terbuka kepada mereka yang berstatus bujang mahupun telah berkahwin.

4. Perserta mestilah anak jati negeri Terengganu atau individu yang bermastautin lebih 10 tahun (pengesahan MPKK).

5. Program untuk peserta kali pertama sahaja dan bukannya untuk program susulan atau telah gagal menyertai program sebelum atau secara persendirian. Permohonan LMTS pada tahun 2019 namun tidak ditawarkan perlu mengisi semula borang.

6. Pendapatan peserta yang berkerjaya mestilah tidak melebihi RM2000.00 sebulan berdasarkan gaji pokok.

7. Latihan atau kursus hanya boleh melibatkan Institut Memandu (IM) dalam negeri sahaja dan peserta luar perlu mendaftar di tempat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

8. Borang permohonan perlu dicetak dan diserahkan kepada MPKK bersama salinan dokumen sebagaimana berikut.

i.) Kad pengenalan pemohon

ii.) Slip gaji @ pengesahan tempat belajar (mana-mana yang berkaitan)

iii.) Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh MPKK mukim. 

*Pengisian borang tidak lengkap atau dokumen tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan terbatal.

9. Pemohon mestilah menjelaskan terlebih dahulu saman JPJ dan polis serta kes mahkamah sebelum memohon. Senarai tersebut boleh dilihat di portal rasmi JPJ dan PDRM.

Sumber: iDana Terengganu

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here