Honda Civic Type R Limited Edition – Lebih ringan dan terhad 700 unit sahaja.

5664

Pada acara Tokyo Auto Salon pada awal tahun ini, Honda membuat kejutan dengan memperkenalkan model facelift Honda Civic Type R 2020. Ia menerima pembaharuan dari segi penampilan dan diberikan perubahan pada berberapa ciri mekanikal.

Tidak sampai tiga bulan pengenalan model itu, Honda bikin lagi panas apabila muncul pula versi Civic Type R Limited Edition yang lebih ringan. Yang paling sedihnya, hanya 700 unit sahaja dikeluarkan. Daripada jumlah itu, 100 unit untuk pasaran Eropah, manakala Amerika Syarikat menerima sebanyak 600 unit. Nampaknya, Malaysia tidak masuk dalam senarai mereka!



Bagi pasaran Amerika Syarikat, beratnya berkurang 20.9 kilogram (kg) dengan menukar rim standard kepada roda aluminium BBS bersaiz 20 inci dan membuatkan lebih ringan sehingga 8.1kg. Selebihnya ia dikurangkan dengan pengurangan penebat bunyi, buang saluran pemanas belakang, wiper belakang dan penutup tonneau.

Berbeza pula bagi pasaran Eropah, Honda Civic Type R Limited Edition makin lebih ringan sehingga 47kg apabila banyak lagi barangan dibuang membabitkan sistem skrin infotainmen, sistem audio dan penyaman udara.

Pengendalian Lebih Mantap

Pengendaliannya lebih mantap apabila Honda membikin semula berhubung casisnya dengan menala sistem suspensi dan stereng. Honda berkata, perubahan yang dilakukan itu membuat Type R berkenaan menjadi sebuah kereta hatchback pacuan hadapan paling dinamik di pasaran ketika ini.

Selain berwarna kuning, Type R versi edisi terhad itu dipadankan dengan lencana krom gelap. Bumbung, cermin sisi, saluran udara pada bampar pula dicat warna hitam berkilat. Malah ia juga dilengkapi dengan kepingan nombor siri.

Berhubung rangkaian kuasanya, tiada perubahan yang dilakukan dan masih menggunakan enjin 2.0 liter turbocharged. Enjin itu menghasilkan 306 atau 320hp yang disalurkan ke kotak gear manual enam kelajuan.

Pada Tokyo Auto Salon lalu, Honda memperkenalkan model facelift Honda Civic Type-R.  Reka bentuk gril yang lebih besar untuk meningkatkan penyejukan enjin dan warna eksklusif Boost Blue.

Pada ruangan dalam, ia turut dilengkapi stereng dengan balutan Alcantara dan tombol gear yang baru.

Sumber: Carscoops

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here