Antara benda paling sukar dilakukan dalam permotoran ialah “membiarkan kereta prestasi Jepun dalam keadaan stok kilang.” Kali ini reviu berkenaan Civic Type-R dengan Hondata.
Lihat sahaja Mitsubishi Evo, Honda Civic EK, Nissan Silvia, berapa kerat sahaja di luar sana yang masih berada dalam keadaan tidak terusik aspek prestasinya? Paling kurang pun suspensi atau tayar ditukar dengan dengan barang lebih baik.
Honda Civic Type-R FK8 masih baharu dalam pasaran Malaysia, namun ada pemilik yang sudah menaiktaraf kereta ini. Modifikasinya juga agak radikal, dengan bahagian seperti sistem talaan enjin, ekzos dan rim yang telah ditukar.
Pemiliknya, Aliff yang juga pernah memiliki Civic FD2 Type-R (2 kali!) sebelum ini, baru memiliki FK8R ini selama beberapa bulan sebelum memulakan modifikasi.
Berikut adalah senarai modifikasi dan naiktaraf yang dilakukan:
Enjin
- Top Racing Oil Cooler
- PRL Intercooler
- Koyorad Radiator
- JS Thermostat
- HKS Intercooler Piping
- Hondata
- AFE Takeda Intake
- Grex Oil Sandwish
- Bullock Nut
Luaran dan dalaman
- Grill Civic Si
- Honda Door Visor
- Rim ZE40
- Tayar Hankook RS4
- JS Gear Knob
- JS Shift Kollar
Suspensi dan brek
- Goodridge Steel Braided Brake Hose
- Eibach Prokit
- Cusco Bar
- Hardrace Camber Kit
Ekzos
- Exhaust JS
- PRL Downpipe
- PRL Frontpipe
- Exhaust Defouler
Semasa memiliki FD2R, Aliff bersama Eastern R turut sama aktif ke track day dan TT. Dan walaupun ada di antara ahli Eastern R yang “berhijrah” ke jenama lain (Volkswagen Golf R, Mercedes-AMG A 45), Aliff lebih berminat dengan FK8.
Motoqar juga cukup bertuah diberi peluang untuk memandu uji sekejap Civic Type-R berkuasa 340hp ini. Apa yang boleh kami katakan, lonjakan kuasa hasil dari talaan Hondata (dan beberapa komponen lain) agak ketara.
Penulis pernah memandu sekejap Type-R sebelum pelancarannya pada 2017. Pemanduan singkat itu menggunakan gear 1 dan 2 dalam litar ujian yang sempit untuk menguji kelincahan kereta.
Tetapi dibandingkan dengan FK8 milik Aliff ini, kuasanya lebih mantap walaupun sebelum tahap VTEC dicapai dan kekal bertenaga hingga ke hujung rpm. Tiada masalah memecut dari rpm rendah dalam gear 3, 4 atau 5.
Civic FK8 ini juga mudah dikendalikan. Klacnya ringan, sterengnya cukup-cukup rasa dan tombol gear sangat tepat dan sungguh mekanikal, memberikan kepuasan menggunakannya.
Tonton video akhir untuk ulasan pemanduan ringkas.