Kesan dari Covid-19, Geneva Motor Show 2021 juga mungkin dibatalkan

1228

Geneva Motor Show merupakan salah satu pameran automotif pertama yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada ketika ini. 

Geneva Motor Show

Oleh kerana risiko kesihatan dan kesan buruk dari pandemik ini, para penganjur terpaksa membatalkan acara ini beberapa hari sebelum ia berlangsung. Hal tersebut menyebabkan banyak syarikat pengeluar kenderaan menggunakan cara lain untuk memperkenalkan produk baru mereka, antaranya melalui saluran dalam talian (online).



Sementara pandemik Covid-19 masih tersebar ke seluruh dunia pada ketika ini, perbincangan mengenai Geneva Motor Show yang akan datang telah dilakukan. Malangnya, acara tersebut pada tahun 2021 juga berkemungkinan tidak akan diadakan kerana krisis kewangan yang melanda negara Switzerland.

Menurut siaran akhbar yang diterbitkan oleh pihak penganjur, keadaan kewangan mereka “semakin lemah.” Untuk mengumpulkan dana, Organisation Internationale des Constructeurs d’Automobiles (OICA) terpaksa membuat pinjaman dari kerajaan Geneva.

Pinjaman tersebut berkemungkinan akan mencecah sehingga USD17 juta (RM73.9 juta), yang merangkumi “subkontrak acara, termasuk konsepnya, kepada Palexpo SA.” Hal ini berbeza dengan tujuan organisasi, jadi mereka menolak untuk membuat pinjaman tersebut.

Lebih-lebih lagi, peserta acara tersebut juga telah menyatakan sokongan untuk menolak pinjaman dan akhirnya mendesak OICA untuk merancang edisi seterusnya Geneva Motor Show pada tahun 2022.

Pembatalan acara ini akan memberi kesan langsung kepada ekonomi Switzerland. GIMS adalah salah satu pameran automotif yang paling dinanti-nantikan, kerana menghadirkan kira-kira 600,000 pengunjung dan 10,000 wartawan dari seluruh dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here