Lego hasilkan replika Lamborghini Sian dalam skala 1:8 lengkap dengan spoiler yang berfungsi!

993

Syarikat mainan yang berasal dari Denmark, Lego akan melancarkan Lamborghini Sian FKP 37 dalam bentuk model skala. Replika supercar ini akan dijual pada harga USD379.99 (RM1,652).

Model dengan skala 1:8 ini akan mula dijual pada 1 Jun 2020. Sebelum dilancarkan secara rasmi, video teaser kereta mainan ini sudah tersebar luas di media sosial.

Model ini berukuran 60cm panjang, 25cm lebar, dan 13cm tinggi dan akan terdiri dari 3,696 kepingan Lego. 

Lamborghini Sian akan menjadi model ketiga dari Lego Technic Ultimate Series. Sebelumnya, Lego telah membuat 2,704 unit Porsche 911 GT3 RS yang dijual pada harga RM1,335 dan Bugatti Chiron sebanyak 3,599 unit yang dijual pada harga RM1,542.

Antara perincian pada model ini adalah pintu scissor, spoiler belakang yang boleh digerakkan, suspensi depan dan belakang, tayar yang boleh dipusing dan ruang dalaman yang agak realistik.

Paling menarik, terdapat transmisi sequential 8-kelajuan yang boleh dikawal menggunakan paddle-shifter.

Ruang hud depan boleh dibuka dan anda akan mendapat beg Lamborghini terkecil di dunia. Dan jika dibuka ruang enjin belakang, anda akan dapat melihat replika enjin V12 dengan omboh yang boleh digerakkan. 

Untuk makluman, versi sebenar Lamborghini Sian hanya dihasilkan sebanyak 63 unit di dunia. Jentera ini dikuasakan oleh enjin V12 6.5-liter dan disertakan dengan teknologi hybrid, yang mampu menghasilkan sehingga 819hp.

Jentera ini juga mampu mencapai kelajuan 100km/jam dalam masa 2.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 350km/jam. Kelajuannya adalah sama dengan kelajuan Lamborghini Aventador SVJ.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here