Lamborghini Sian dari kayu ini mungkin hadiah paling gempak untuk anak anda!

1752

Kereta mainan merupakan salah satu hadiah menarik yang boleh diberikan kepada kanak-kanak. Selain hadir dengan pelbagai saiz, kereta mainan yang berada di pasaran juga turut dilengkapi dengan beberapa teknologi canggih.

lamborghini sian kayu

Malah, ada juga yang boleh dipandu, seperti kereta mainan Lamborghini Sian dari bahan kayu yang dipaparkan oleh saluran YouTube ND-Woodworking Art ini.



Apa yang menarik, pencipta kereta mainan Lamborghini Sian ini turut menghasilkan Bugatti Chiron dan BMW 328 Hommage, yang juga diperbuat menggunakan kayu.

Walau bagaimanapun, Lamborghini Sian dengan sistem hibrid sangat sesuai untuk projek ini, dengan bateri lithium-ion yang dipasang pada mainan elektrik tersebut.

Hampir keseluruhan kereta mainan ini dibuat menggunakan kayu, kecuali sistem drivetrain yang kelihatan seperti sebuah go-kart yang disertakan dengan motor elektrik kecil.

Kereta mainan ini disertakan dengan sistem brek yang berfungsi dengan baik, dan jika dilihat dari penampilannya, ianya juga hadir dengan brek cakera tiruan dari kayu.

Penampilannya juga dihiasi dengan pencahayaan khas Lamborghini Sian dengan menggunakan lampu LED, serta penggunaan sistem elektrik yang membolehkan pintunya ditutup dan dibuka secara automatik.

Kereta mainan ini mungkin tidak cukup pantas jika dibandingkan dengan YSA-021 Super Sport XXL, tetapi ia mampu menyokong berat seorang dewasa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here