SF90 Spider ialah Ferrari hibrid pertama dengan bumbung boleh dibuka, 1,000hp, 0-100 dalam 2.5 saat!

1634

Setelah melancarkan SF90 Stradale iaitu model plug-in hybrid (PHEV) Ferrari yang pertama, kini Naza Italia memperkenalkan SF90 Spider pula, iaitu versi retractable hard top (bumbung keras boleh dibuka).

Ia menjadi model PHEV Spider pertama Ferrari, dan dilancarkan secara dalam talian baru-baru ini.



Ferrari SF90 Stradale ini dikuasaka oleh enjin 4.0-liter V8 turbo jenis dry sump yang mampu menjana 780hp pada 7,500rpm dan 800Nm tork pada 6,000rpm.

Enjin ini dibantu dengan sistem hibrid yang terdiri dari tiga motor elektrik kesemuanya. Dua motor elektrik di depan dengan nama RAC-e (Cornering Angle Regulator, Electric) dan satu di belakang dengan nama MGUK (Motor Generator Unit, Kinetic).

Hasil gabungan ini memberikan jumlah output 1,000hp dan kuasa enjin disalur ke tayar belakang melalui transmisi dwi-klac 8-kelajuan dengan E-diff.

Dari segi prestasi, Ferrari SF90 Spider mampu memecut dari pegun ke 100kph dalam hanya 2.5 saat, dan pecutan ke 200km/j pula hanya 7 saat! Kelajuan maksima ialah 340km/j.

Jangan fikir ia hanya hebat memecut, prestasi brek juga mantap, ia mampu berhenti dari 100km/j dengan jarak kurang 29.5meter.

Tiga mod untuk penghantaran kuasa iaitu Electric (hanya menggunakan motor elektrik depan), Hybrid (enjin dan motor elektrik belakang) atau 4WD Hybrid (gabungan kesemua sistem).

Sementara itu, mod pemanduan terdiri dari eDrive, Hybrid, Performance dan Quality, yang boleh dipilih melalui suis eManettino baharu di roda stereng.

Ciri yang membezakan SF90 Spider dari Stradale ialah bumbungnya. Ia boleh dibuka dan ditutup dalam masa 14 saat, dan menggunakan bahan ringan yang menjadikannya 40kg lebih ringan dari sistem konvensional.

Rupa dan rekabentuk Ferrari SF90 Spider direka untuk mengutamakan aerodinamik dan aliran udara bagi penyejukan untuk komponen seperti enjin, transmisi, pengecas turbo, pek bateri, motor elektrik, inverter, dan brek.

Penutup ruang enjinnya sebagai contoh, menggunakan gentian karbon yang bukan sahaja cantik, tetapi dengan dengan lubang-lubang khas yang akan mengeluarkan udara panas dari dalam.

Rekaan dalaman SF90 Spider membawakan binaan terkini Ferrari yang mengurangkan penggunaan butang fizikal, sebaliknya banyak fungsi diganti dengan panel sentuhan dan digital sepenuhnya.

Di depan pemandu ialah skrin 16-inci beresolusi tinggi yang memaparkan segala maklumat diperlukan. Masih terdapat meter rev analog di tengah-tengah, cuma ia kini juga digital.

Roda stereng pula membawakan idea Formula 1 dengan kebanyakan kawalan utama di sini, jadi anda tida perlu banyak mengalihkan tangan. Suis Manettino yang ikonik juga menggunakan sistem digital.

Di Malaysia, Ferrari SF90 Spider dijual pada harga bermula RM2,088,000 sebelum duti, cukai, pilihan tambahan dan insurans.

Dibawakan secara rasmi oleh Naza Italia, supercar ini juga dilindungi dengan jaminan 7-tahun Ferrari dan diservis setiap 20,000km.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here