Ferrari SF90 Stradale ialah sebuah supercar hibrid 1000hp

2702

Ini dia SF90 Stradale, sebuah Ferrari “biasa” yang tidak terlalu terhad kepada pembeli terpilih dan harga melampau mahal. Ia sebuah Ferrari series-production dengan teknologi hibrid.

Ferrari SF90 Stradale

Nama SF90 Stradale merujuk kepada ulangtahun ke-90 Scuderia Ferrari. Enjinnya di belakang kokpitnya ialah V8 dari 488 dan F8 tetapi dengan kepala silinder baharu, dan tiga motor elektrik.



Ferrari SF90 Stradale

Enjin Ferrari SF90 Stradale 

Satu darinya ialah unit MGUK (Motor Generator Unit, Kinetic) yang menggunakan teknologi F1. Ia duduk di antara enjin V8 itu dengan transmisi dwi-klac 8-kelajuan baharu. Dua lagi motor dipasang di gandar depan, menjadikan SF90 ini sebuah kereta pacuan semua-roda.

Sementara enjin V8 ini menjana 769hp, tiga motor elektrik itu pula dikuasakan oleh pek bateri 7.9kW dengan 271hp, menjadikan output keseluruhan sebanyak 986hp. Ya, ini adalah model hibrid…

Ferrari SF90 Stradale - sisi

Walaupun sistem hibrid ini seberat 270kg, Ferrari berjaya mengawal berat keseluruhan kereta ini, iaitu hanya 1570kg. Dengan itu, prestasinya sangat menakjubkan. 0 ke 100km/j dicapai dalam 2.5 saat sahaja, 0-200km/j dalam 6.7 saat, dan kelajuan maksima 341km/j.

Ferrari SF90 menggunakan platform dan badan baru dan dibina dengan bahan komposit termasuklah gentian karbon. Badannya penuh dengan alatan aerodinamik, pasif dan aktif.

Ferrari SF90 Stradale - belakang

Ferrari cuba menarik perhatian kepada “shut-off Gurney”, iaitu satu bahagian dari dua-bahagian sayap belakang. Jika lebih downforce diperlukan – apabila kereta mengesan brek kuat, belokan lau atau pertukaran arah yang cepat – bahagian sayap itu akan direndahkan ke badan menggunakan dua aktuator elektronik. Ini menutup “blown area” di bawah, mengubah karakteristik aero kereta ini.

Rumit? Apa yang anda perlu tahu adalah sistem ini bekerja bersama dengan aero lain pada badan kereta ini, menjadikan jumlah downforce sebanyak 390kg pada 240km/j. Rimnya juga memainkan peranan dalam aspek aerodinamik, direka seperti bilah rotor untuk mengeluarkan udara dari gerbang roda.

Terdapat 4 mod pemanduan untuk pemandu SF90 ini “bermain”:

eDrive: Mematikan sepenuhnya enjin V8, menjadikan Ferrari ini elektrik pacuan roda depan. Ia boleh bergerak sehingga 124km/j, sejauh 25km.

Hybrid: Tetapan default kereta ini. Enjin akan dihidupkan atau dimatikan mengikut keperluan.

Performance: Membiarkan enjin V8 sentiasa hidup. Jadi kuasa akan sentiasa ada sepenuhnya bila diperlukan.

Qualify: Jika anda ingin jadi pemenang tidak rasmi di litar, gunakan mod ini dan kereta akan memberi kuasa maksima dari enjin dan tiga motor elektrik.

Bahagian kokpit direka agar lebih berbeza dari apa yang kita semua tahu pada model-model Ferrari terkini. Skrin 16-inci besar membentuk kluster instrumen, dengan meter rpm masih di tengah. Di tepi adalah navigasi dan paparan audio.

Kawalan lain seperti penggilap cermin dan lampu belok masih seperti biasa, iaitu di bahagian muka depan stereng seperti 458 dan 488.

Harganya masih belum diketahui, tetapi apa yang dilaporkan ialah jauh lebih murah dari LaFerrari. SF90 juga akan ditawarkan dengan pakej “Assetto Fiorano” yang merangkumi penyerap hentak Multimatic, komponen karbon dan titanium dan set tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.

Ia dijangka mula diserahkan kepada pelanggan pertama pada awal 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here