Set Lego kereta lumba McLaren F1 di pasaran bermula 1 Mac, harga RM799

963

Lego Technic bersama McLaren Racing melancarkan kit terbaharu yang pastinya mengujakan para peminat Formula 1 (F1) iaitu McLaren Formula 1 Race Car.

Seperti mana produk Lego Technic sebelum ini, model baharu ini padat dengan elemen rekaan dan juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic.



Kereta lumba McLaren Formula 1 itu direka bersama pasukan Lego Group dan McLaren Racing yang mana menampilkan ciri-ciri unik seperti blok enjin V6 dengan omboh yang boleh bergerak, roda stereng yang berfungsi, suspensi serta komponen differential lock.

Model ini terdiri daripada 1,432 kepingan Lego yang mana 65cm panjang, lebar (27cm) dan tinggi (13cm) serta lengkap dengan pelekat penaja.

Selain itu, ia turut mendapat warna seragam dari jentera F1 McLaren musim 2021 dengan penampilan beberapa elemen jentera 2022.

Lego Technic McLaren Formula 1 Race Car boleh mula didapati di kedai sah Lego, Lego Official Store di Lazada dan Shopee, serta Legoland bermula 1 Mac 2022 pada harga jualanĀ RM799.90.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here