Bina Ferrari 488 GTE anda sendiri di rumah dengan set Lego Technic ini, RM800 sahaja

1516

Buat anda peminat Lego dan kereta, kini ada satu lagi model untuk anda bina dalam masa terluang semasa PKPB ini.

Lego Group mendedahkan set terkini mereka, Ferrari 488 GTE “AF Corse #51”, replika kepada jentera yang memenangi siri perlumbaan ketahanan jenama Prancing Horse itu.



Dengan skala 1:10, set Lego Technic ini menampilkan beberapa perincian yang serupa pada kereta Ferrari 488 GTE sebenar.

Antaranya suspensi depan dan belakang yang berfungsi, lengkuk-lengkuk aerodinamik, enjin V8 dengan omboh boleh digerak, dan stereng yang lengkap dengan logo Prancing Horse. Nombor asal perlumbaan dan warna unik Tricolore melengkapkan gaya model ini.

Model Ferrari 488 GTE ini mempunyai panjang 48cm dan mempunyai 1,677 keping Lego, pengalaman membinanya pasti menyeronokkan untuk peminat Lego dan perlumbaan. Apabila siap, model ini boleh ‘dimainkan’ atau dipamerkan di bilik tidur atau ruang tamu anda.

Moden Lego Technic Ferrari 488 GTE “AF Corse #51” ini boleh didapati bermula 4 Januari 2021 di semua Lego Certified Store, Official Store di Lazada dan Shopee, di Legoland, dan di kedai-kedai utama seluruh negara. Harganya ialah RM799.90.

Walaupun Lego dan Ferrari telah bekerjasama selama lebih 15 tahun, set Lego Technic ini walaubagaimanapun yang pertama antara kedua-dua jenama itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here