Khazanah akan pastikan Malaysia Airlines pulih dari krisis kewangan

318

Walaupun Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) kini dilanda krisis kewangan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) selaku pemegang saham utama mereka akan memastikan syarikat itu pulih dari masalah tersebut.

Malaysia Airlines khazanah

Menurut Menteri Kewangan yang juga Ahli Lembaga Pengarahnya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebagai sayap pelaburan kerajaan, mereka mempunyai sumber yang mencukupi dalam memastikan Malaysia Airlines terus bertahan.

Beliau berkata, meskipun krisis pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada syarikat penerbangan, namun ia juga dilihat sebagai peluang untuk membina semula industri penerbangan negara termasuk Malaysia Airlines.

Tambahnya, semua pihak harus sentiasa melihat secara positif terhadap Malaysia Airlines kerana ia adalah simbol identiti nasional yang dapat dibanggakan rakyat Malaysia. 

Ramai yang menentang menyuntik lebih banyak sumber kewangan ke dalam syarikat penerbangan itu kerana berpendapat dana kewangan itu dapat dibelanjakan dengan lebih baik di tempat lain.

“Kita harus melihatnya secara positif dan objektif. Bagi saya, saya yakin mereka (Malaysia Airlines) telah belajar dari masa lalu. Malaysia Airlines dan industri penerbangan adalah komponen utama ekonomi, terutama untuk pelancongan .

“Kita harus memastikan ia berfungsi. Malaysia Airlines adalah jenama nasional. Tetapi yang penting adalah memastikan ia memainkan peranan sebagai syarikat penerbangan nasional, katanya.

Tengku Zafrul berkata, Kementerian Kewangan telah menjalankan perbincangan bersama Khazanah dan meminta mereka untuk memastikan Malaysia Airlines terus berada dalam posisi kuat untuk menyokong pemulihan ekonomi pasca Covid-19.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here