Jentera F1 McLaren akan dapat livery khas Gulf Oil International untuk GP Monaco

1595

McLaren Racing memperkenalkan rekaan corak khas Gulf Oil International pada jentera Formula Satu mereka sempena Grand Prix Monaco yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Corak khas ikonik dengan gabungan warna biru dan oren ini bukan sahaja disertakan pada jentera MCL35M yang dipandu oleh Lando Norris dan Daniel Ricciardo, tetapi turut akan menghiasi sut perlumbaan dan kit pasukan.



mclaren gulf

Norris dan Ricciardo juga akan memakai topi keledar yang disertakan dengan reka bentuk retro khas.

“Ini akan menjadi penghormatan McLaren kepada reka bentuk jentera lumba Gulf. Kami merupakan peminat kepada reka bentuk yang berani, dan warna biru yang disertakan merupakan antara rekaan yang paling diminati dalam sukan perlumbaan,” kata ketua eksekutif McLaren Racing, Zak Brown. 

mclaren gulf

Grand Prix Monaco pada musim Formula 1 tahun lepas terpaksa dibatalkan kerana pandemik Covid-19. 

“Gulf dan McLaren mempunyai hubungan yang baik sejak tahun 1968 dan merupakan salah satu kerjasama paling berjaya dalam sukan permotoran,” kata ketua eksekutif Gulf Oil, Mike Jones.

mclaren gulf

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan reka bentuk warna klasik kami di Grand Prix Monaco, acara paling hebat dan bergaya pada kalendar Formula 1,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here