Pemandu Toyota Innova di India rempuh hospital lepas bapanya meninggal dunia akibat Covid-19

981

Kematian akibat Covid-19 di India memberi kesan yang lebih buruk terhadap tingkah laku keluarga pesakit. Bukan hanya marah kepada pemerintah, keluarga pesakit Covid-19 juga dilaporkan marah kepada pegawai perubatan.

toyota innova hospital

Baru-baru ini, salah seorang pemimpin Bharatiya Janata Party, iaitu Rajendra Tajne  bertindak merempuh Hospital Bytco menggunakan Toyota Innova miliknya.



Kejadian yang berlaku di Nashik, Maharashtra itu telah merosakkan pintu kaca hospital, dan dalam masa yang sama Tajne difahamkan memandu dalam keadaan mabuk. 

toyota innova hospital

Setelah merempuh hospital menggunakan MPV tersebut, Tajne juga difahamkan cuba mencederakan kakitangan hospital dengan menggunakan kenderaan yang sama.

Dia kemudian melarikan diri, tetapi polis kemudian menahan Tajne dan menyiasat kes tersebut.

Sebelum ini, bapa Tajne menjalani rawatan dan meninggal dunia akibat Covid-19 di hospital yang sama. Ketika kejadian tersebut, Tajne juga dikatakan berteriak bahawa pesakit Covid-19 perlu mendapatkan oksigen, ventilator, dan tempat tidur di hospital.

Dia juga berteriak tentang pasaran hitam suntikan Remdesivir dan bagaimana pemerintah harus mengambil langkah untuk menghentikannya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here