Utama Berita Automotif Program Z15GT Care+ dilanjut hingga 31 Disember

Program Z15GT Care+ dilanjut hingga 31 Disember

4

Pemilik motosikal MODENAS Z15GT kini mempunyai masa tambahan untuk menikmati pemeriksaan percuma dan bantuan selepas jualan menerusi program Z15GT Care+ yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2026.

Program yang sepatutnya berakhir pada 31 Oktober lalu, dilanjutkan selama dua bulan bagi memberi lebih banyak peluang kepada pemilik mendapatkan pemeriksaan serta bantuan teknikal di rangkaian pengedar dan pusat servis sah MODENAS.

Inisiatif itu ditawarkan di 92 pengedar dan pusat servis sah MODENAS di seluruh negara termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), ahli Kumpulan DRB-HICOM, untuk memperkukuh sokongan selepas jualan serta meningkatkan pengalaman pemilikan motosikal.

Menerusi Z15GT Care+, pemilik layak menikmati pemeriksaan dan diagnosis motosikal secara percuma oleh juruteknik terlatih.

Bantuan teknikal, pembaikan dan tuntutan waranti bagi kes yang memenuhi syarat turut disediakan, selain akses kepada komponen gantian serta alat ganti berkaitan tertakluk kepada pengesahan teknikal dan ketersediaan stok.

Sekiranya perlu, langkah penambahbaikan produk boleh dilaksanakan berdasarkan hasil pemeriksaan teknikal.

Bagaimanapun, kerja servis berkala dan penyelenggaraan rutin yang tidak termasuk dalam skop program masih tertakluk kepada caj perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, lanjutan program hingga penghujung tahun bertujuan memastikan lebih ramai pemilik mendapat akses kepada pemeriksaan dan bantuan teknikal melalui rangkaian servis sah syarikat.

Pemilik MODENAS Z15GT yang belum menyertai program ini disaran menghubungi pengedar atau pusat servis sah yang mengambil bahagian sebelum hadir untuk pemeriksaan.

Mereka juga dinasihatkan membawa dokumen pendaftaran motosikal serta dokumen waranti atau servis berkaitan bagi memudahkan proses pemeriksaan dan penilaian teknikal.

Senarai lengkap 92 pengedar dan pusat servis yang mengambil bahagian serta maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi MODENAS di MODENAS Z15GT Care+.

Pemilik juga boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-880-181 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135 untuk maklumat lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here