Utama Berita Automotif Modenas lancar Kymco Xciting VS 400, harga asas RM27,988

Modenas lancar Kymco Xciting VS 400, harga asas RM27,988

5

Modenas Kymco secara rasmi melancarkan Kymco XCiting VS 400 2026 untuk pasaran Malaysia.

Skuter maxi berkonsepkan sport-touring itu ditawarkan pada harga asas RM27,988 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan kos pendaftaran). 

Setiap pembelian disertakan waranti pengilang selama 2 tahun atau 20,000 km, mengikut mana yang terdahulu dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Bagi pasaran Malaysia, XCiting VS 400 2026 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Flat Black dan Cerulean Blue.

Unit pertama dijangka tiba di bilik pameran dan pengedar sah Modenas Kymco di seluruh negara mulai Ogos 2026.

Model ini dijana enjin 1 silinder, 4 injap, 400cc, penyejukan cecair.

Ia berupaya menghasilkan kuasa 33.9 PS @ 7,250 rpm dan tork maksima 37.5 Nm @ 5,750 rpm.

Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui kotak gear CVT dan sistem pacuan tali sawat, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.

XCiting VS 400 2026 dilengkapi pelbagai ciri bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan penunggang :

  • Sistem Kawalan Cengkaman
  • Sistem Brek Anti-Kunci 2-saluran ABS
  • Skru angin boleh laras 5-peringkat untuk perlindungan angin optimum
  • Sistem operasi tanpa kunci / keyless
  • Tempat duduk 2 peringkat dengan kedudukan pembonceng lebih tinggi
  • Ruang simpanan bawah tempat duduk 29 liter dengan lampu
  • 2 petak simpanan auto-kunci di bahagian apron depan
  • Port pengecasan USB di dalam petak kiri
  • Suspensi fork teleskopik di hadapan dan suspensi berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban 5-peringkat

Bagi sistem pemberhentian, ia menggunakan cakera brek berkembar hidraulik di depan dan cakera tunggal di belakang.

Saiz rim ditetapkan pada 15 inci di depan dibalut tayar 120/70 dan 14 inci di belakang dengan tayar 150/70.

Maklumat tunggangan dipaparkan pada panel meter LCD, manakala sistem pencahayaan LED penuh digunakan.

XCiting VS 400 mencatatkan berat keseluruhan 213 kg, ketinggian tempat duduk 805 mm dan kapasiti tangki bahan api 12.5 liter.

Dengan gabungan prestasi, teknologi dan kepraktisan, XCiting VS 400 2026 disasarkan kepada penunggang yang mencari skuter maxi serba boleh untuk kegunaan harian dan jelajah.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here