
Chery berjaya membuktikan pengesahan ujian pelanggaran komposit tiga kenderaan bagi model TIGGO 9 di Makmal Keselamatan Pelanggaran Chery, dekat Wuhu, China.
Ujian berprofil tinggi ini disaksikan secara langsung oleh barisan pengedar global, media antarabangsa dan wakil pengguna dari luar negara.

Dirancang berdasarkan senario trafik risiko tinggi dunia nyata, ujian komposit ini bertujuan menilai tahap prestasi keselamatan SUV utama (flagship) Chery, sekali gus memperkukuh falsafah jenama – “Safety. For Family.”
Simulasi Rempuhan Berimpak Tinggi
Ujian itu membabitkan senario perlanggaran depan dan belakang yang ekstrem.
Sebagai kenderaan ujian utama, TIGGO 9 menerima impak hadapan daripada TIGGO 7 pada kelajuan 50 km/j, manakala pada masa yang sama dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lagi kenderaan pada kelajuan 40 km/j.
Prosedur ini mendedahkan struktur badan kenderaan, sistem penahan (restraint systems) dan tindak balas kecemasan pasca-pelanggaran mengikut penilaian komprehensif.

Hasil Ujian: Integriti Struktur Kekal Terjamin
Hasil simulasi itu menyaksikan TIGGO 9 menunjukkan prestasi keselamatan luar biasa:
- Ruang Kabin: Kekal utuh tanpa sebarang deformasi ketara pada tiang kenderaan (pillars), memastikan ruang ikhtiar hidup (survival space) mencukupi untuk penumpang
- Sistem Keselamatan Aktif: Beg udara dan beg udara tirai sisi (side curtain) berfungsi dengan sempurna, manakala sistem tali pinggang keledar beroperasi dengan efektif
- Tindak Balas Kecemasan: Pintu kenderaan terbuka secara automatik dan boleh diakses secara normal. Tiada kebocoran dikesan pada sistem bahan api manakala lampu amaran kecemasan berfungsi seperti ditetapkan
Kejuruteraan Keselamatan Sistematik
Prestasi unggul ini disokong reka bentuk keselamatan sistematik TIGGO 9 merangkumi:
- Struktur badan berketegaran tinggi dengan penggunaan 85 peratus keluli berkekuatan tinggi
- Penggunaan 21 peratus keluli acuan panas (hot-stamped steel).
- Laluan pemindahan beban (load-transfer path) dioptimumkan dibantu sistem 10 beg udara

Dengan rekod pencapaian pelbagai pensijilan keselamatan bertaraf lima bintang di peringkat global, Chery memperkukuh kredibiliti keselamatannya melalui pengesahan dalam dunia nyata.
Chery juga secara rasmi mengekalkan komitmen mereka untuk terus meningkatkan piawaian keselamatan bagi memberi perlindungan dipercayai buat keluarga di seluruh dunia.




