Utama Berita Automotif Chery lancar TIGGO V, SUV keluarga konsep luar biasa

Chery lancar TIGGO V, SUV keluarga konsep luar biasa

7

Chery memperkenalkan model global terbaharu mereka, TIGGO V di Auto China 2026 sebagai SUV keluarga yang tampil dengan konsep luar biasa serta pendekatan lebih versatil.

Sebagai model flagship baharu dalam barisan TIGGO, SUV ini menampilkan konfigurasi tiga baris tempat duduk modular yang unik.

Bahagian belakang kenderaan boleh dibuka dan diubah menjadi ruang kargo terbuka ala trak pikap, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian, aktiviti luar, mahupun keperluan kerja ringan.

Pendekatan ini menjadikan TIGGO V antara SUV keluarga paling fleksibel yang pernah dibangunkan oleh Chery, dengan konsep “satu kenderaan untuk pelbagai situasi”.

Rekaan lebih berani

TIGGO V ditampilkan dengan gaya rugged menerusi gril depan bersaiz besar, lampu LED penuh di bahagian hadapan dan belakang, serta rim aloi dua tona bersaiz 19-inci dipadankan dengan tayar all-terrain (AT).

SUV ini turut memiliki jarak kelegaan tanah 220mm, dengan keupayaan meredah air sehingga 700mm.

Ia menandakan model ini bukan sekadar SUV keluarga biasa, tetapi berkeupayaan mengharungi permukaan mencabar.

Wheelbase 2,800mm pula membantu menyediakan ruang kabin lebih luas, sesuai dengan fungsi sebagai SUV tiga baris.

Tetapan tempat duduk fleksibel

TIGGO V menyediakan beberapa susunan tempat duduk, termasuk konfigurasi enam dan tujuh penumpang.

Susun atur modular ini membolehkan pengguna menyesuaikan ruang kabin mengikut keperluan, sama ada untuk membawa keluarga, barangan besar atau aktiviti rekreasi.

Ciri praktikal lain termasuk:

  • Kamera 540 darjah
  • Suspensi depan topang MacPherson, belakang multi-link
  • Roof rail
  • Lampu LED penuh depan dan belakang
  • Ruang kargo boleh diubah menjadi gaya pikap

Pilihan enjin ICE dan Chery Super Hybrid

Model TIGGO V ditawarkan dengan pilihan enjin pembakaran dalaman (ICE) serta sistem Chery Super Hybrid (CSH).

Versi hibrid dikatakan mampu mencatat penggunaan bahan api sekitar 6.0 liter/100 km, manakala varian enjin konvensional pula dianggarkan sekitar 7.8 liter/100 km, menjadikannya masih kompetitif dalam segmen SUV bersaiz besar.

Suku ketiga 2026 dijual di China, mungkin dibawa ke Malaysia 

Chery mengesahkan TIGGO V akan dilancarkan di pasaran China pada suku ketiga 2026. Namun untuk pasaran Malaysia, model ini masih dalam peringkat penilaian.

Disebabkan konsepnya yang unik dan saiz yang besar, model ini mungkin ditawarkan secara import penuh sekiranya dibawa masuk.

Ini mungkin menjadikan harga ditawarkan lebih tinggi, selain jumlah jualan terhad bagi pasaran tempatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here