Utama Berita Automotif LEPAS perkenal L6 EV, L4 EV sempena Auto China 2026. Adakah model...

LEPAS perkenal L6 EV, L4 EV sempena Auto China 2026. Adakah model ini bakal masuk Malaysia?

7

Auto China 2026 menjadi medan global pertama bagi LEPAS, jenama bawah Chery Group, menampilkan strategi New Energy Vehicle (NEV) keluaran mereka.

Dengan model LEPAS L6 EV dan LEPAS L4 EV, jenama itu komited untuk memberi dimensi baharu kepada kenderaan berasaskan NEV.

Pelancaran model dengan tema “Elegance Moves the World”, ia menandakan langkah awal jenama itu untuk menembusi pasaran global.

Fokus utama LEPAS adalah mobiliti elektrik lebih premium dan berorientasi gaya hidup.

Memperkenalkan identiti berteraskan “elegance”, menggabungkan reka bentuk sofistikated, teknologi pintar serta ruang kabin lebih eksklusif.

Strategi NEV LEPAS dibangunkan menggunakan sistem R&D global Chery serta platform tenaga baharu pintar LEX.

Ia meliputi pelbagai segmen daripada kenderaan kompak hingga model bersaiz sederhana besar.

Tiga teras utama diperkenalkan iaitu

  • Leopard Aesthetics
  • Elegant Technology
  • Exquisite Space

Ia merangkumi bahasa reka bentuk tersendiri, sistem bateri-motor-elektronik, kokpit pintar serta fungsi bantuan pemandu lanjutan (ADAS).

LEPAS L6 EV – SUV elektrik bandar untuk kegunaan harian

LEPAS L6 EV dibangunkan sebagai SUV elektrik berteknologi tinggi untuk keluarga moden dan pengguna bandar.

Model ini menampilkan gaya Leopard Aesthetics dengan posisi badan lebar dan rendah, digabungkan lampu hadapan “Hunting Eye” bagi memberikan imej sporty dan premium.

Dari sudut teknologi, ia dilengkapi sistem seperti VPD, H-NOA, Bosch IPB 2.0 serta Super AI Agent yang memudahkan pemanduan, parkir dan interaksi dalam kabin.

Ruang dalaman pula direka fleksibel melalui sistem senario kabin, membolehkan ia disesuaikan mengikut keperluan harian pengguna.

LEPAS L4 EV – Mobiliti ringan prestasi menyeluruh

Model ini tampil lebih kompak bersesuaian untuk mobiliti bandar yang lebih lincah. Reka bentuk “Hunting Motion” dengan warna badan kontras dan rim khas memberikan identiti visual yang mudah dikenali.

Model ini digerakkan motor elektrik 160kW serta suspensi belakang multi-link bebas. Ia turut menerima talaan casis global, sehingga 21 fungsi ADAS dan teknologi kenderaan terhubung.

Jarak pemanduan sekitar 500km bersama sokongan pengecasan pantas menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan hujung minggu.

Perancangan untuk pasaran Malaysia

Bagi pasaran tempatan, LEPAS Malaysia menyasarkan pembukaan 20 cawangan jualan dan servis di lokasi strategik seluruh Semenanjung serta Malaysia Timur.

Rangkaian ini akan diperluaskan kepada 30 cawangan menjelang akhir 2026 sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jenama di negara ini.

Menerusi pengumuman terdahulu, barisan model dirancang untuk dibawa masuk ke Malaysia merangkumi SUV L4, L6 dan L8.

Ketiga-tiga model ini dibangunkan menggunakan platform global NEV terkini milik Chery, dengan fokus kepada gabungan reka bentuk elegan, teknologi pintar dan pengalaman pemanduan premium bagi memenuhi keperluan pengguna di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here