Utama Berita Automotif Chery terima 20,000 cadangan nama untuk model trak pikap KP31, 9 disenarai...

Chery terima 20,000 cadangan nama untuk model trak pikap KP31, 9 disenarai pendek

3

Chery nampaknya sedia untuk menjadi pemain utama di dalam segmen trak pikap menerusi model KP31 di samping model-model terkemuka seperti Ford Ranger, Toyota Hilux, Nissan Navara dan Isuzu D-Max. 

Model KP31 yang dipamerkan sebelum ini bakal memasuki fasa produksi dalam masa terdekat. 

Chery juga turut menganjurkan pertandingan menamakan model trak pikap tersebut kepada peminat di Australia beberapa minggu lalu. 

Sebanyak lebih 20,000 cadangan nama telah diterima dan sembilan nama telah disenarai pendek di mana semuanya mempunyai kaitan dengan negara Australia. 

Antara nama yang dipertimbangkan:

  • Outrider
  • Orca (paus pembunuh)
  • Ironbark (nama pokok eucalyptus tempatan)
  • Bushwalker
  • Stockman
  • Longreach
  • Ridgeback
  • Terra
  • Mate

Antara nama yang disenaraikan itu, Terra bakal berkongsi dengan sebuah lagi trak pikap jenama Scout yang dijangka tiba pada tahun 2028 dan mungkin sekali memasuki pasaran Australia. 

Mate merupakan satu istilah yang sangat popular di kalangan rakyat Australia, tapi agak meragukan untuk memadankan nama tersebut untuk sebuah trak pikap. 

Trak pikap Chery ini akan dipasarkan sebagai model 2.5 liter diesel plug-in hybrid (PHEV). 

Angka kuasa kuda belum didedahkan, namun Chery menyatakan trak ini mampu menarik beban seberat 3,500 kg dan membawa muatan sehingga 1,000 kg. 

Versi petrol PHEV pula dijangka menyusul kelak. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here