Utama Berita Automotif Zeekr mahu bikin SUV off-road pesaing kepada G-wagen, serta trak pikap BYD...

Zeekr mahu bikin SUV off-road pesaing kepada G-wagen, serta trak pikap BYD Shark 6

3

Buat masa ini, Zeekr selesa bermain di dalam segmen kenderaan premium dan mewah yang dibarisi model SUV dan juga MPV elektrik. 

Model Zeekr yang paling mewah ialah 9X dengan rupa paras seakan gabungan sebuah Rolls-Royce dan Range Rover, dan ditawarkan secara eksklusif sebagai model plug-in hybrid. 

Tidak cukup dengan produk sedia ada, jenama di bawah naungan Geely itu kini menyatakan minat untuk menyertai segmen SUV off-road bagi mencabar ruang yang didominasi oleh G-wagen. 

Dalam temubual bersama media Australia Drive, Mars Chen selaku Naib Presiden Zeekr mengakui pihaknya sedang mengkaji untuk menghasilkan model off-road yang lebih gagah dan lasak. 

Jelasnya, “SUV off-road hardcore memang satu arah yang sedang kami lihat dan buat kajian. Sama ada kami akan hasilkan gaya G-Wagen, bentuk kotak, itu masih belum jelas. 

Beliau menambah SUV sedia ada seperti 8X dan 9X sudah pun mempunyai kemampuan pemanduan off-road walaupun tidak ekstrem seperti SUV lain. 

Sekiranya Zeekr mendapat lampu hijau, produk baharu mereka bakal berdepan dengan jenama seperti Fangchengbao BYD, Jetour, dan Tank (GWM). 

Dalam masa yang sama, Zeekr turut mengintai untuk memasuki segmen pikap di mana ia berpotensi melahirkan pesaing kepada BYD Shark 6

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here