Utama Berita Automotif BYD Shark 6 (2026) kini dengan enjin 2.0L hibrid, kuasa 469 hp/700...

BYD Shark 6 (2026) kini dengan enjin 2.0L hibrid, kuasa 469 hp/700 Nm!

8

Sejak dilancarkan di pasaran Australia, BYD Shark 6 menjadi alternatif kepada mereka yang mahukan pilihan selain Ford Ranger, Toyota Hilux dan Mazda BT-50. 

Namun, salah satu kelemahan ketara trak pikap tersebut ialah keupayaan menunda yang tidak setanding dengan pesaing. 

Kehadiran varian baharu Shark 6 Performance dilihat mampu untuk menjawab persoalan tersebut. 

Berbanding model Shark 6 Premium yang menggunakan nadi hibrid 1.5L turbo (430 hp/650 Nm), BYD memperkenalkan Shark 6 Performance dengan enjin 2.0L turbo hibrid. 

Ia kini berupaya menjana kuasa 469 hp dan 700 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 5.5 saat. 

Dengan enjin baharu ini, BYD Shark 6 Performance berupaya menunda beban seberat 3,500 kg berbanding 2,500 kg pada model terdahulu. 

Selain itu, BYD turut menambah Crawl Mode yang direka untuk mendaki laluan berbatu, cerun curam dan laluan berlubang pada kelajuan dihadkan 20 km/j. 

Sebagai varian flagship, Shark 6 Performance dijual pada harga bermula AU$62,900 (RM176,987). 

BYD turut melancarkan varian baharu Shark 6 Dynamic Cab-Chassis yang direka untuk kegunaan yang lebih lasak, dan harga jualan AU$55,900 (RM157,290). 

Berbanding varian standard, varian Dynamic Cab-Chassis ini dilengkapi dengan bed belakang aloi, lapan poin cagak dan dua kotak storan. 

Ia juga menggunakan sistem rangkaian kuasa yang sama seperti model Shark 6 Premium.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here