Utama Berita Automotif “Minyak kita tak lalu Selat Hormuz,” Exco Terengganu

“Minyak kita tak lalu Selat Hormuz,” Exco Terengganu

596

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr Azman Ibrahim menyatakan minyak Malaysia tidak melalui Selat Hormuz. 

Menurut perkongsian di akaun Facebook miliknya, beliau berkata kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tentang kenaikan harga minyak tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia mempunyai produk minyak sendiri.

“Di Perairan Terengganu terdapat kira-kira 120 buah pelantar minyak yang sedang beroperasi. Saya tak nyatakan angka dengan tepat kerana bilangan pelantar sentiasa bertambah dan berkurang bila ada yang ditutup dan ada pelantar baru dibuka.
 
“Minyak mentah dari pelantar akan disalur ke Loji Penapisan Minyak Petronas Kerteh samada melalui saluran paip dasar laut atau kapal tangki. Di Loji Kerteh ini minyak mentah diproses menjadi pelbagai produk petroleum untuk kegunaan negara kita.
 
“Kenapa nak tunggu kapal tangki lepas lalu Selat Hormuz baru nak turunkan harga minyak?,” ujarnya. 
 

Sebelum ini, Abdul Hadi mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak terus membiarkan diri ditipu oleh pelbagai helah politik dan ekonomi, termasuk isu kenaikan harga minyak yang didakwa tidak berasas.

Beliau menjelaskan tiada sebab kukuh untuk harga minyak dinaikkan di Semenanjung Malaysia memandangkan negara ini mempunyai sumber petroleum sendiri dan tidak terlibat dalam sekatan antarabangsa terhadap Iran di Selat Hormuz.

Menurut Abdul Hadi, pengecualian harga minyak di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa alasan kenaikan harga di di Semenanjung adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here