Utama Berita Automotif Ford mahu bikin trak pikap elektrik mampu milik, harga bawah RM120 ribu

Ford mahu bikin trak pikap elektrik mampu milik, harga bawah RM120 ribu

6

CEO Ford, Jim Farley baru-baru ini mendedahkan perancangan untuk membangunkan sebuah pikap elektrik bersaiz sederhana dengan sasaran harga permulaan sekitar AS$30,000 (~RM117 ribu).

Model ini adalah susulan pengumuman Ford pada Ogos 2025 mengenai pembangunan Universal Platform, iaitu asas baharu yang membolehkan syarikat menghasilkan rangkaian EV mampu milik dengan lebih efisien.

Fokusnya adalah mengubah proses pengeluaran, mengurangkan jumlah komponen, dan seterusnya menurunkan kos kepada pengguna. 

 

Ford mahu ‘menang lawan China’ dengan inovasi baharu

Dalam hantaran di X minggu lalu, Farley menyatakan pasukan Ford sedang membangunkan beberapa inovasi penting untuk memastikan syarikat mampu “bersaing dan menang menentang China dan seluruh dunia.”

Antaranya termasuk:

  • Kecekapan aerodinamik lebih baik
  • Komponen multi-fungsi
  • Struktur aluminium ‘unicastings’ yang menggabungkan puluhan bahagian menjadi satu unit ringkas

 

Spesifikasi awalan

Pikap baharu ini — dikhabarkan bakal menggunakan nama ‘Ranchero’ atau ‘Ranger’ — dijangka hadir dengan empat pintu, ruang kabin lebih luas daripada Toyota RAV4, ruang simpanan depan (frunk), serta ruang kargo belakang yang boleh dikunci.

Ford turut mendakwa ia mempunyai 20% kurang komponen berbanding model setara, dan kos pemilikan lima tahun lebih rendah daripada Tesla Model Y terpakai berusia tiga tahun.

Antara ciri yang bakal dimuatkan pada trak pikap ini termasuklah:

  • Pecutan 0-96 km/j bawah 4.5 saat
  • Sistem pemanduan tanpa tangan BlueCruise
  • Bateri LFP 51 kWh

Setelah meneliti data penggunaan sebenar, Ford mendapati pengguna pikap kecil jarang menarik treler besar atau melakukan perjalanan jauh, jadi bateri besar hanya menambah kos dan berat tanpa manfaat praktikal.

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here