Utama Berita Automotif Ford Mustang kekal terajui segmen kereta sports di AS, lebih 45 ribu...

Ford Mustang kekal terajui segmen kereta sports di AS, lebih 45 ribu terjual tahun lepas

144

Sepanjang tahun lepas, Ford Mustang kekal menjadi juara di dalam kategori kereta sports di pasaran Amerika Syarikat dengan 45,333 unit terjual, atau peningkatan 3 peratus berbanding tahun terdahulu. 

Tempat kedua pula disandang oleh Chevrolet Corvette dengan jualan sebanyak 24,533 unit manakala Subaru WRX di tangga ketiga (jualan 10,930 unit). 

Sementara itu, Nissan berjaya menjual sebanyak 5,487 unit Z dalam tempoh yang sama, mengalahkan Toyota GR Supra (2,953 unit) dan kembarnya BMW Z4 (2,113 unit). 

Sebut pasal kembar, Toyota GR86 mencatatkan angka jualan 9,940 unit sepanjang tahun 2025. Biarpun angka tersebut turun 13 peratus berbanding tahun 2024, ia masih lagi jauh meninggalkan model kembarnya Subaru BRZ di belakang (2,881 unit). 

Mazda MX-5 Miata pula mencatatkan angka jualan sebanyak 8,727 unit, diikuti oleh Volkswagen Golf GTI (7,235 unit) sementara Golf R pula terjual sebanyak 3,319 unit sahaja. 

Bagaimana pula dengan prestasi Dodge

Untuk model generasi baharu Charger, sebanyak 9,562 unit telah terjual namun angka tersebut merupakan penurunan sebanyak 84.5 peratus berbanding rekod jualan 61,810 yang dicatatkan pada tahun 2024. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here