
Pasukan Polis Tokyo kini mempunyai jentera peronda serba baharu Honda WN7 yang lebih mesra alam dan dalam masa yang sama menawarkan imej yang agresif, lapor VisorDown.
Jentera peronda itu dipertontonkan kepada umum semasa acara Hakone Ekiden 2026 yang berlangsung awal bulan yang lalu.
Berbeza dengan WN7, WN7 varian polis ini dikatakan 18 kg lebih berat (235 kg) terima kasih kepada penambahan perkakasan wajib bagi kegunaan Tokyo Metropolitan Police Department, seperti contoh lampu mata arah, pembesar suara dan kotak storan kecil di belakang.
Selain itu, WN7 ini mengenakan warna putih yang dieka khusus untuk kegunaan pasukan penguatkuasa.
Honda WN7 mampu menjana 67 hp dan daya kilas 100 Nm yang dihasilkan oleh motor elektrik tunggal sejukan cecair, dipadankan dengan bateri lithium-ion 9.3 kWh.
Jarak tunggangan adalah sekitar 130 km untuk sekali cas penuh.






























