Polis Jepun guna brosur 40 tahun lalu banteras jenayah

1418

Siapa antara peminat tegar kereta yang mengumpul brosur kenderaan. Jika adapun mungkin tidak banyak. Namun, pihak berkuasa Jepun ini memiliki brosur yang terbilang banyak sehingga tidak terfikirkan oleh anda.

Berapakah kuantitinya?, 17,000 brosur gais. Menurut akhbar Asahi, polis wilayah Aichi itu mengumpul brosur kenderaan baharu bagi mengenalpasti kenderaan yang terlibat dalam jenayah.



Untuk makluman anda, Wilayah Aichi di Jepun merupakan antara kawasan metropolitan terbesar di dunia dan dipenuhi pelbagai model kenderaan. 

Bahkan, proses itu masih dilakukan sehingga hari ini dan selepas 40 tahun berlalu, pihak polis Wilayah Aichi mengumpul tidak kurang daripada 17,000 brosur.

Lebih menarik, brosur yang dikumpul terdiri daripada pengeluar kenderaan seluruh dunia termasuk kenderaan edisi terhad.  

Mungkin anda tertanya adakah arkib masih relevan pada era digital kini. Laporan menyatakan jabatan polis berhampiran Wilayah Aichi turut menggunakan brosur kereta berkenaan sebagai rujukan bahkan membangunkan arkib sendiri.

Pendekatan itu juga berkesan yang mana membantu polis mengesan kereta dan menangkap suspek langgar lari.

Selain itu, koleksi brosur itu juga membantu anggota polis mengetahui tahun keluaran dan model kenderaan yang membantu dalam menyelesaikan kes.

Sekiranya anda melakukan kesalahan di Aichi jangan cuba melarikan diri. Ini kerana polis di sana boleh memperincikan kenderaan anda dengan tepat. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here