Diskaun Saman 50 Peratus : JPJ Perak kutip lebih RM30 juta

42

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM30.7 juta menerusi diskaun saman 50 peratus yang berakhir pada 30 Disember yang lalu. 

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding RM25.8 juta kutipan kompaun yang direkodkan pada 2024.

“JPJ Perak juga berjaya membuat kutipan hasil anggaran sebanyak RM239 juta pada tahun lalu manakala kira-kira RM217 juta pula direkodkan pada tahun sebelumnya,” katanya. 

Dalam pada itu, Mohammad Yusoff berkata sebanyak 226 notis kesalahan dikeluarkan pada Khamis atas pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai lesen memandu, tidak memperbaharui lesen kenderaan motor dan insurans, selain lain-lain kesalahan.

Beliau berkata pelaksanaan operasi itu bertujuan memantau dan memastikan tahap pematuhan orang awam terhadap peraturan lalu lintas yang berkuatkuasa, khususnya dalam kalangan penunggang motosikal yang juga antara pengguna jalan raya paling terdedah kepada risiko kemalangan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here