
Didi Group rasmi memperkenalkan Triumph Scrambler 400 XC serba baharu ke pasaran tempatan pada harga RM34,200 seunit.
Ia akan dijual bersama model popular Scrambler 400X, dengan tawaran prestasi terbaik dalam kategorinya, DNA reka bentuk Scrambler yang ikonik, serta kemasan premium dengan spesifikasi lebih tinggi untuk keupayaan pengembaraan yang sebenar.
Berikut fakta ringkas tentang Triumph Scrambler 400 XC :
- Menampilkan rim aluminium ringan dengan tayar tanpa tiub yang menggabungkan ketahanan lasak dengan pertukangan premium.
- Roda hadapan 19-inci dan belakang 17-inci bukan sahaja meningkatkan kesediaan untuk tunggangan off-road, malah memberikan posisi tunggangan yang lebih yakin.
- Dilengkapi dengan madgad hadapan lebih tinggi, penghadang angin serta pelindung tangan.
- Ia juga didatangkan dengan pelindung enjin aluminium bagi komponen-komponen penting jentera.
- Tersedia dalam tiga skema warna kontemporari iaitu Racing Yellow, Storm Grey dan Vanilla White.
- Setiap reka bentuk menampilkan grafik tersendiri dengan logo Triumph berwarna hitam, dipadankan dengan pelindung lutut pada tangki dan tempat duduk dua bahagian berwarna hitam.
- Dijana oleh enjin 398cc penyejukan cecair, silinder tunggal berkuasa 40PS @ 8,000rpm dan tork 37.5 Nm @ 6,500rpm bersama transmisi 6-kelajuan.





























