Utama Berita Automotif BYD buang 100,000 pekerja

BYD buang 100,000 pekerja

6

BYD mengurangkan kira-kira 100,000 pekerja atau sekitar 10 peratus menjadikan bilangan kakitangan jenama kereta elektrik itu menyusut kepada 870,000 pekerja pada tahun 2025, menurut laporan ifeng.

Syarikat itu mengaitkan penurunan tersebut disebabkan oleh penyusunan semula, peningkatan kecekapan dan langkah pengurusan kos, bukannya kerana permintaan yang lemah.

Pengurangan tersebut berlaku ketika pengeluar kereta memfokuskan kepada kecekapan operasi sebagai tahap persaingan EV yang seterusnya.

BYD melaporkan pendapatan kewangan sebanyak CNY 8,039.6 bilion bagi tahun 2025, seiring dengan penghantaran 4.60 juta kenderaan, menurut laporan NBD.

Penghantaran ke luar negara mencecah kira-kira 1.05 juta unit iaitu kali pertama syarikat berkenaan melepasi angka eksport 1 juta unit. 

Keuntungan Menurun Akibat Tekanan Harga dan Pelaburan

Keuntungan bersih sebanyak CNY326.2 bilion, turun sekitar 19 peratus berbanding tahun sebelumnya. Penurunan itu dikaitkan dengan tekanan harga dalam pasaran NEV domestik dan pelaburan berterusan dalam teknologi kenderaan serta bateri.

BYD mengekalkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebanyak CNY 634 bilion mencerminkan pembangunan berterusan dalam elektrifikasi, sistem bateri, dan infrastruktur pengecasan walaupun berhadapan dengan pengecilan margin keuntungan.

BYD terus berkembang di peringkat antarabangsa dengan barisan kenderaan yang lebih luas dan peningkatan jumlah eksport. Syarikat itu melancarkan Blade Battery 2.0 dengan Flash Charging 2.0 pada 5 Mac 2026.

Ia membolehkan pengecasan dari 10 hingga 70 peratus dalam masa kira-kira 5 minit, dan dari 10 hingga 97 peratus dalam masa 9 minit di bawah keadaan standard.

Pelancaran infrastruktur pengecasan pantas ini bertepatan dengan tindakan BYD menaikkan sasaran eksport 2026 kepada 1.5 juta kenderaan, peningkatan 15 peratus daripada matlamat awal.

Sasaran yang lebih tinggi mencerminkan fokus syarikat terhadap pasaran luar negara bagi menyokong pertumbuhan di tengah-tengah persaingan domestik.

BACA>>>BYD bakal gegar dunia EV dengan Bateri Blade 2.0 dan Pengecasan FLASH, cas dalam 5 minit!

BACA>>>Bukan salah bateri, BYD Seal terbakar berpunca daripada ‘power bank’

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here