BMW dan Mercedes-Benz lancar model terbaru guna live streaming

1757

BMW dan Mercedes-Benz berkata mereka akan menggunakan teknologi live streaming untuk memperkenalkan BMW Concept i4 dan Mercedes E-Class.

Hal ini dilakukan oleh BMW dan Mercedes-Benz berikutan pembatalan acara Geneva Motor Show 2020. Geneva Motor Show ke-90 ini dijadualkan akan bermula pada hari isnin dan berakhir pada 15 Mac.



Banyak jenama pembuat kereta masing-masing menyusun semula sidang media dan pameran kenderaan terbaru mereka selepas acara ini dibatalkan.

Ferrari tidak merancang untuk mengatur acara alternatif, dan Fiat Chrysler mengatakan mereka sedang mempertimbangkan cara untuk mempamerkan Fiat 500 baru.

Jenama dari Perancis, PSA Group, berkata mereka sedang mencari tempat berhampiran Paris untuk mempamerkan sebuah kereta konsep baru dan menjadualkan temu bual dengan eksekutif melalui telefon.

Audi, sebuah jenama premium milik Volkswagen, berkata mereka akan menggunakan saluran digital untuk melancarkan Audi A3 sportback dan Audi e-Tron S.

Geneva Motor Show 2019

Switzerland telah mengharamkan acara besar yang dijangka menarik lebih daripada 1,000 pengunjung itu untuk cuba membendung virus Corona yang telah tersebar dari China ke seluruh dunia.

“Kami menyesali keadaan ini, tetapi kesihatan semua peserta adalah keutamaan kami dan peserta pameran kami. Ini adalah kes penting dan merupakan kerugian besar bagi pengeluar yang telah melabur secara besar-besaran untuk acara ini, “kata Maurice Turrettini, Pengerusi Geneva International Motor Show Foundation Board.

Pada tahun lalu, 660,000 peserta menghadiri Geneva Motor Show 2019 dan pameran itu menghasilkan urusan perniagaan yang bernilai antara USD205 hingga USD256 juta (RM857 juta hingga RM1.07 bilion).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here