Koenigsegg Gemera hasilkan 1,677hp dari enjin 3-silinder dan unit hibrid, hypercar untuk keluarga!

3790

Biasalah jika dah terlampau berduit sampai tak tahu nak letak mana, anda akan mula minta dan mengimpikan benda-benda di luar kebiasaan.

Ini mungkin koleksi kereta klasik rare, landasan kapal terbang di belakang rumah atau sebuah hypercar untuk 4 orang.



Biasanya iasanya hypercar ialah kereta ultra-laju, sangat mahal, mempunyai teknologi terkini dari industri automotif dan mempu memuatkan 2 orang termasuk pemandu.

Kali ini Koenigsegg memperkenalkan Gemera, sebuah hypercar berkuasa 1,677hp untuk anda bawa seisi keluarga sekali. Ia mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 1.9 saat! Bukan 3.9, bukan 2.9, tetapi 1.9 saat…

Mungkin syarikat niche Sweden ini memang mempunyai klien yang tersangat-sangat kaya untuk membiayai projek gila seperti ini. Koenigsegg Gemera ini juga merupakan model 4 tempat duduk pertama syarikat itu.

Tidak seperti model-model Koenigsegg sebelum ini yang dikuasakan oleh enjin V8 turbo atau V8 supercaj, Gemera menampilkan enjin 2.0-liter 3-silinder dengan sequential-turbo. Koenigsegg menamakan enjin ini sebagai “tiny friendly giant” atau “gergasi mesra yang kecil”.

Enjin ini sahaja menghasilkan 592hp dan 601Nm tork, dan ia berfungsi bersama dengan gandingan tiga motor elektrik dan transmisi ­direct-drive 1-kelajuan yang dibangunkan Koenigsegg sendiri.

Jumlah keseluruhan kuasa enjin dan elektrik motor tadi adalah 1,677hp dan 3,499Nm tork! Masya-Allah, nak terbang pergi bulan ke apa?!

Enjin 3-silinder ini camshaft pun tak ada! Ia menggunakan sistem Freevalve yang menggunakan solenoid untuk mengaktifkan injap kemasukan dan injap ekzos.

Dengan ini dan sistem nyah-aktif silinder akan mengurangkan penggunaan petrol. Ia juga bermakna enjin 3-silinder ini adalah 20 peratus lebih menjimatkan dari enjin 2.0-liter 4-silinder biasa.

Gemera boleh dipandu dengan menggunakan bateri 15.0-kWh dalam mod EV dan mencapai jarak sejauh 50km. Dalam mod hibrid, ia mampu mencapai jarak 949km.

Ia juga boleh menggunakan bahan api etanol E85 jenis perlumbaan. Dan jangan risau, walaupun hibrid, bunyinya tetap kuat dan merdu kerana ia mendapat ekzos titanium Akrapovic.

Selain itu, Gemera juga merupakan model pacuan semua-roda pertama Koenigsegg, mendapat sistem stereng empat-roda dan torque vectoring. Satu motor elektrik menyampaikan kuasa ke tayar depan, manakala dua lagi besama enjin petrol memacu tayar belakang.

Seperti Koenigsegg lain, casis Gemera adalah gabungan tab gentian-karbon dan aluminium yang ringan dan sangat kuat.

Ciri lain adalah suspensi boleh-laras ketinggian, rim gentian-karbon dengan centre-lock dan tayar Michelin Pilot Sport 4S, 21-inci di depan dan 22-inci di belakang.

Walaupun ia mempunyai 4 tempat duduk, ia hanya mempunya 2 pintu. Jadi, pintunya sangat besar dan dibuka ke atas seperti model Koenigsegg lain.

Di dalam, Koenigsegg Gemera dilengkapi dua skrin sesentuh besar bersaiz 13-inci (satu di depan, satu di belakang) dengan skrin paparan instrumen dan dua lagi skrin untuk paparan “cermin sisi” yang menggunakan kamera.

Harganya? Ia belum didedahkan, namun Koenigsegg hanya menerima permintaan pada masa ini. Ia mungkin dilancarkan tahun depan dengan harga lebih USD1 juta (RM4.18 juta).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here