Christian von Koenigsegg mahu hasilkan kereta sports yang lebih mampu milik

8
CEO Koenigsegg, Christian von Koenigsegg

Kereta hiper dengan lencana Koenigsegg mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding jenama supercar lain.

Proses pemilikan sahaja bernilai jutaan dollar, tempoh menunggu yang panjang, serta bilangan unit produksi yang terhad.

Namun, mahukan anda jika satu hari nanti Koenigsegg menghasilkan kereta sports yang lebih ‘mampu milik’?

Perkara itu disuarakan sendiri oleh pengasasnya Christian von Koenigsegg dalam temubual bersama CarBuzz.

Jelasnya, “Kami telah mempertimbangkan perancangan untuk meningkatkan volum pengeluaran, menghasilkan kereta sports yang lebih ringkas dan mampu milik.

Namun, beliau mengakui idea tersebut merupakan satu lonjakan yang cukup besar berbanding apa yang dilaksanakan pada ketika ini.

Sekiranya perancangan tersebut diteruskan, Koenigsegg perlu mempunyai jumlah dana yang besar untuk menampung pengembangan operasi pengeluaran.

Apatah lagi fasiliti sedia ada tidak cukup sesuai untuk produksi massa.

Koenigsegg juga perlu bergantung kepada pihak ketiga untuk mendapatkan komponen yang diperlukan bagi pengeluaran kereta sports mampu milik tersebut.

Untuk makluman, Christian von Koenigsegg sendiri memandu sebuah Toyota GR Yaris dan Mazda MX-5 NA ke pejabat setiap minggu. 


Jadi, sudah tentu beliau menyimpan impian untuk menghasilkan sebuah kereta sports jenama Koenigsegg yang lebih mudah dan murah untuk dimiliki golongan kebanyakan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here