
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan meneliti rayuan nelayan, pekebun dan pengusaha bot yang layak supaya tidak tercicir daripada menikmati subsidi petrol di bawah Program Bantuan Subsidi Madani RON95 (BUDI95).
Beliau berkata, kerajaan tidak akan menafikan hak golongan yang benar-benar menggunakan petrol untuk aktiviti harian walaupun tiada lesen atau kenderaan berdaftar.
“Katalah dia bukan nelayan tetapi guna bot di Sarawak, Sabah atau Kelantan, kita akan bantu. Kalau benar dia guna RON95, saya jamin kita akan bantu,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya,