Pertamina perjelas harga minyak lebih mahal berbanding Malaysia

91

Pengumuman Perdana Menteri Malaysia menurunkan harga RON95 menjadi RM1.99 mendapat perhatian warga Indonesia sekaligus menimbulkan pertikaian harga bahan bakar minyak (BBM) yang masih mahal di negara jiran itu.

Susulan itu, PT Pertamina Patra Niaga tampil menjawab persoalan harga minyak yang masih mahal sedangkan Malaysia menurunkan harga RON95.

Setiausaha Korporat Pertamina Patra Niaga, Roberth MV Dumatubun mengatakan ada banyak faktor yang menyebabkan harga BBM Indonesia lebih mahal dari Malaysia.

“Banyak faktor, boleh jadi kerana harga import, harga jualan kompetitif di dalam negeri dan pembiayaan agihan dalam negeri,” jelasnya.

Di Indonesia, jualan petrol RON95 bukan hanya Pertamina tetapi juga jenama pengeluar minyak swasta yang lain. Misalnya, Pertamina menjual Pertamax Green 95 pada IDR 13,000 (RM3.27) per liter.

Kemudian, Shell menjual BBM V-Power yang setara RON 95 pada harga IDR13,140 (RM3.30) per liter sedangkan, Vivo menjual Revvo 95 Rp13,140 (RM3.30) per liter.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here