
Sebuah syarikat pemula dari India, Ultraviolette memperlihatkan model motosikal elektrik terbaharu yang membawakan tanda harga yang berpatutan, namun lengkap spesifikasinya.
Ultraviolette X-47 merupakan sebuah motosikal naked yang menjanjikan posisi tunggangan yang lebih menegak dan mudah untuk dikawal.
Ia hadir dengan motor elektrik yang mampu menjana 40 hp dan 610 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.1 saat.
Kelajuan tertinggi adalah sekitar 145 km/j, dan mampu mencapai jarak tunggangan sejauh 323 km.
Menariknya, X-47 hadir dengan kelengkapan yang serba canggih dan moden, seperti:
- radar belakang 77 GHz yang boleh mengesan objek pada julat jarak 200 meter
- sistem pemantauan titik buta
- amaran pelanggaran belakang
- amaran memotong
- bantuan penukaran lorong
- kamera perakam berkembar lengkap dengan skrin sekunder 2.5 inci
Harga jualan X-47 bermula dari ₹274,000 atau RM13 ribu di pasaran India.