Skuter elektrik buatan India ini boleh berubah bentuk dan pengalaman tunggangan

4

Sebuah syarikat pemula dari India, Ather Energy memperlihatkan projek skuter elektrik terbaharu yang membawakan pendekatan yang berbeza.

Ather Redux nampak seperti skuter biasa, namun ia mempunyai satu ciri yang cukup unik dan futuristik, iaitu dinamik tunggangan adaptif.

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tarun Mehta (@tarunsmehta)

Ciri unik ini akan mengubah pengalaman tunggangan jentera elektrik ini sama ada untuk duduk tegak seperti skuter atau tunggangan yang lebih sporti seakan sportbike.

Segalanya daripada aspek ergonomik dan suspensi akan diubah berdasarkan pecutan dan posisi tunggangan.

Redux juga dilengkapi dengan bar hendal jenis clip-on, skup udara aerodinamik, serta antaramuka Morph-UI yang boleh berubah berdasarkan gaya tunggangan semasa.

Ather turut menawarkan sistem pendikit haptik dengan penderia tekanan, serta mod take-off, atau dalam bahasa mudahnya launch control.

Buat masa ini, Redux hanya kekal sebagai sebuah model konsep, di mana spesifikasi rasmi masih belum diumumkan dan tiada sebarang perancangan untuk diproduksikan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here