Utama Berita Automotif Ather Konarc: Skuter bajet tapi sarat dengan ciri mewah

Ather Konarc: Skuter bajet tapi sarat dengan ciri mewah

1

Pengeluar motosikal Ather Energy memperkenalkan model skuter baharu dengan harga yang paling mampu milik, namun sarat dengan pelbagai ciri mewah. 

Skuter Konarc itu dibangun berdasarkan platform EL serba baharu dengan harga jualan bermula dari INR99,999 (RM4,224). 

Skuter itu digerakkan oleh motor elektrik 5.4 hp dan tork 16 Nm, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 70 km/j. 

Pek bateri 2.1 kWh pula menawarkan jarak tunggangan sehingga 80 km, dan boleh dicas 0-80% dalam masa 4 jam menggunakan soket kuasa domestik. 

Varian paling tinggi Konarc Z hadir dengan pek bateri 3.5 kWh dan mendapat beberapa ciri premium. 

Antaranya ialah skrin sentuh 7-inci lengkap dengan sistem navigasi Google Maps, menyokong arahan suara dan boleh memaparkan skor sukan kriket secara langsung. Rakyat India sudah pasti suka akan ciri ini. 

Selain itu, ia turut mendapat smart key proximity yang boleh membuka dan mengunci skuter secara automatik apabila pemilik melangkah pergi. 

Ia juga boleh digunakan untuk membuka ruang simpanan bawah tempat duduk sebesar 31 liter yang boleh memuatkan dua helmet separuh. 

Menariknya, pelana akan terbuka secara automatik!

Aplikasi Ather pula membolehkan anda untuk mengunci skuter dari jauh sekiranya dicuri, melihat kapasiti bateri dan mengaktifkan pengecasan, menggunakan telefon sebagai kunci gantian, dan menghasilkan kod pengesahan offline untuk menghidupkan skuter sekiranya kunci fizikal hilang. 

Untuk memudahkan pemilik, Ather turut mendatangkan fungsi Airwalk yang memberikan sedikit kuasa untuk menggerakkan skuter dengan mudah tanpa membuatkan pemilik merasa berat secara langsung. 
 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here