
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa siri H sempena Hari Malaysia bermula 16 hingga 20 September ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata bidaan boleh dibuat menerusi aplikasi JPJeBid manakala keputusan akan diumumkan pada 21 September.
“Huruf “H” membawa maksud “Harmoni” dan lebih istimewa merupakan siri terakhir nombor pendaftaran satu abjad yang akan dikeluarkan oleh JPJ.
“Nombor siri berkenaan menawarkan angka 1 hingga 9999,” katanya.
Jelasnya, penggunaan huruf H bagi siri berkenaan berbeza dengan pendaftaran teksi kerana bagi pengangkutan awam itu, ia perlu diiringi huruf pendaftaran negeri.
































