Utama Berita Automotif Volvo lancar EX30 Cross Country, harga bermula RM218,888

Volvo lancar EX30 Cross Country, harga bermula RM218,888

1

Volvo Car Malaysia Sdn Bhd secara rasmi melancarkan model elektrik sepenuhnya terbaharu, Volvo EX30 Cross Country.

Model ini dipasang secara tempatan dengan harga bermula RM218,888 di atas jalan tanpa insurans.

Model SUV kompak ini adalah varian Cross Country pertama jenama Volvo yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan diposisikan untuk kegunaan bandar serta aktiviti luar seperti perkhemahan hujung minggu.

Bersempena pelancaran, Volvo Car Malaysia menawarkan pakej istimewa tempahan awal kepada 100 pelanggan pertama.

Pakej khas ini merangkumi :

  • rebat tunai RM12,000
  • pengecas Volvo Wallbox percuma bernilai RM3,990
  • load-carrier bernilai RM2,098
  • roof-mounted cargo carrier bernilai RM3,680

Volvo turut mengumumkan harga baharu Model Tahun 2027 bagi EX30 Ultra standard yang disemak semula kepada RM198,888 tanpa insurans.

Varian ini ditawarkan dalam empat warna iaitu :

  • Crystal White
  • Vapour Grey
  • Cloud Blue
  • Onyx Black

EX30 Ultra dijana motor tunggal 272hp dengan pecutan 0-100km/j dalam 5.3 saat, keupayaan pengecasan pantas DC 175kW dan jarak pemanduan sehingga 475km.

Berbanding EX30 standard, varian Cross Country menerima ketinggian tunggangan tambahan 19mm, talaan casis baharu, plat pelindung hadapan dan belakang, pelapik gerbang roda serta rim aloi 19-inci khusus.

Model ini dikuasakan sistem motor berkembar yang menghasilkan 428hp dan tork 543Nm dengan pacuan semua roda. Pecutan 0-100km/j dicatatkan pada 3.7 saat.

Bateri NMC 69kWh digunakan pula mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 437km mengikut kitaran WLTP.

Fungsi pengecasan pantas DC 175kW membolehkan pengecasan 10 peratus ke 80 peratus dalam masa 27 minit.

Ruang dalaman menampilkan upholsteri Nordico berasaskan bio dan panel denim kitar semula.

Antara ciri lain termasuk :

  • skrin sesentuh 12.3-inci dengan perkhidmatan Google
  • sistem audio Harman Kardon
  • bumbung kaca panoramik
  • kapasiti but sehingga 718 liter

Dari aspek keselamatan, EX30 Cross Country dilengkapi :

  • Teknologi Safe Space Volvo
  • sistem radar penjuru
  • brek dan stereng aktif elak perlanggaran
  • Pilot Assist generasi baharu

Pelancaran model ini turut menyaksikan pengenalan Digital Service Booking di Malaysia.

Melalui portal rasmi atau aplikasi Volvo Cars, pemilik kini boleh membuat temu janji servis secara dalam talian dengan pengedar sah di Lembah Klang.

Perkhidmatan itu dijangka diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari http://www.volvocars.com/my.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here