Hyundai mahu produksi lebih banyak model pantas N menjelang 2030

4

Barisan produk berprestasi tinggi di bawah jenama Hyundai N bakal dikembangkan lagi pada masa akan datang.

Menurut laporan, Hyundai merancang sekurang-kurangnya tujuh model baharu N menjelang akhir dekad ini, dengan sasaran untuk mencapai angka jualan 100,000 unit di peringkat global.

Pada ketika ini, Hyundai mempunyai lima buah model N, iaitu i20 N, i30 N, Elantra N, serta model berkuasa elektrik Ioniq 5 N dan Ioniq 6 N.

Difahamkan, versi produksi bagi model N Vision 74 juga sedang dalam proses pembangunan.

Hyundai turut memberikan petunjuk akan kehadiran semula model-model N dengan enjin pembakaran dalaman di pasaran Eropah yang dibantu dengan sistem hibrid.

Melihat kepada perkembangan terbaharu itu, Hyundai berkemungkinan akan mengembangkan lagi penawaran model N terutama dari segmen SUV seperti Kona dan Tucson, serta sebuah lagi model konsep yang akan dilahirkan sebagai Ioniq 3.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here