Utama Berita Automotif Produksi Koenigsegg Gemera sudah bermula tanpa enjin 3-silinder

Produksi Koenigsegg Gemera sudah bermula tanpa enjin 3-silinder

5

Koenigsegg akhirnya memulakan fasa produksi bagi model Mega-GT Gemera setelah pertama kali diperlihatkan tahun 2020.

Menurut hantaran di laman Facebook, Koenigsegg menjelaskan Gemera akan dipasang bersebelahan dengan CC850 serta Sadair Spear yang akan turut dipasang kelak.

Apa yang pasti, Gemera hanya akan ditawarkan dengan enjin bentangan V8 5.0 liter turbo berkembar yang dibantu dengan tiga motor elektrik, menghasilkan kuasa 2,300 hp dan 2,750 Nm.

 

Kuasa itu tadi disalurkan kepada semua roda menerusi bantuan transmisi Light Speed Tourbillon sembilan nisbah kelajuan.

Buat yang berharap pada enjin tiga-silinder, anda mungkin akan kecewa.

Ini kerana pihak Koenigsegg tidak mahu meneruskan produksi enjin berkenaan disebabkan oleh permintaan yang rendah di kalangan pelanggannya.

Gemera merupakan sebuah Mega-GT yang mampu memuatkan empat orang penumpang pada satu-satu masa.

Ia turut menampilkan ciri seperti sistem stereng semua-roda, torque vectoring, casis monocoque gentian karbon, sistem suspensi boleh laras elektronik, sistem ekzos titanium Akrapovic, serta bukaan pintu dihedral synchro-helix actuation.

Ruang kabin pula menempatkan ciri seperti empat skrin sentuh, kawalan iklim tiga zon, sistem audio premium dengan 11 pembesar suara, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta empat tempat pemegang cawan dengan fungsi pemanasan dan penyejukan.

Hanya 300 unit sahaja Gemera yang akan diproduksikan, dan kesemua unit telah pun habis dijual.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here