
Sejak bertahun-tahun Yamaha YZF-R6 ditawarkan sebagai jentera khusus untuk kegunaan litar, kini pengeluar Jepun itu mengesahkan model tersebut bakal dihentikan produksinya.
Sempena penamatan produksi, Yamaha Jepun kini membuka tempahan khas untuk pihak yang berminat mendapatkan YZF-R6 Race Base Model yang akan mula dijual pada 26 Februari 2027.
Yamaha R6 versi jalanan sudah pun lama dihentikan penawarannya disebabkan oleh peraturan emisi yang semakin ketat.
Namun, versi Race Base Model masih terus ditawarkan untuk kegunaan di dalam litar lumba.
Ia merupakan salah satu model jalanan ikonik dengan enjin empat silinder sebaris 599 cc menghasilkan kuasa lebih 100 hp dalam keadaan standard.
Ia turut hadir dengan pakej bantuan elektronik seperti kawalan cengkaman dan penukaran gear pantas.
Di Jepun, Yamaha akan membuka sesi tempahan dalam dua fasa, iaitu 1 Julai-31 Julai 2026 diikuti 1 Ogos-31 Ogos 2026.
Selepas semua tempahan dipenuhi, produksi jentera R6 Race Base Model akan dihentikan secara rasmi.
Bagi yang tidak sempat merasakan penangan Yamaha R6, usah risau kerana Yamaha sendiri sudah pun memperkenalkan model Yamaha R9 dengan enjin tiga silinder dalam kelas supersport moden yang kini menjadi pilihan pelumba dan kaki track day.


































