Utama Berita Automotif BMW M 1000 RR edisi khas sempena Isle of Man TT, terhad...

BMW M 1000 RR edisi khas sempena Isle of Man TT, terhad 115 unit sahaja

6

BMW Motorrad baru-baru ini memperkenalkan BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT.

Ia merupakan sebuah model edisi khas terhad sempena perlumbaan Isle of Man Tourist Trophy ke-115 pada 2026.

Jentera ini dibina berdasarkan model BMW M 1000 RR M Competition, dan ditawarkan dalam warna British Racing Green Uni Matt. 

Selain itu, ia turut menampilkan grafik istimewa yang terdiri daripada lakaran selekoh Mountain Course pada bahagian fairing, tempat duduk alcantara, penutup kotak udara karbon M, serta layout litar pada bahagian tangki aluminium. 

Setiap pemilikan akan disertakan dengan sijil ketulenan, nombor siri yang dimesin pada top yoke, M Race Cover Kit, tukar motosikal M serta stand belakang. 

Menerusi kemunculan model RR, BMW Motorrad membuktikan keupayaannya di Mountain Course menerusi beberapa siri kejayaan pada tahun 2014, 2022 dan 2025. 

Yang paling mengkagumkan ialah rekod pusingan pada tahun 2023 sepantas 16:36.115 minit dengan kelajuan purata 219.4 km/j yang dicatatkan oleh Peter Hickman dengan BMW M 1000 RR spesifikasi Superstock. 

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT ini hanya ditawarkan sebanyak 115 unit terhad. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here