Raikan jualan yang ke-10 ribu, BMW Motorrad dedah G 310 RR Limited Edition untuk pasaran India

15

BMW Motorrad mengumumkan kehadiran model G 310 RR Limited Edition khusus untuk pasaran India sebagai meraikan penjualan G 310 RR yang ke-10,000.

Hanya 310 unit sahaja yang akan diproduksikan dengan dua pilihan warna iaitu Cosmic Black dan Polar White.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 312 cc lengkap dengan sistem pancitan bahan api elektronik, menghasilkan kuasa 33 hp pada 9,700 rpm dan daya kilas 27 Nm pada 7,700 rpm yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Rupa paras G 310 RR Limited Edition ini diilhamkan daripada grafik S 1000 RR.

Antara ciri yang wujud termasuklah sistem pendikit ride-by-wire, klac talaan perlumbaan, sistem brek anti-kunci dua saluran, empat mod tunggangan (Track, Urban, Rain, Sport), serta skrin paparan TFT lima inci.

Suspensi terdiri daripada fork jenis terbalik (USD) di depan, dibantu dengan lengan ayun aluminium di bahagian belakang.

Memastikan jentera ini melekat di selekoh ialah padanan tayar radial Michelin Pilot Street.

Harga di pasaran India bermula dari 299,000 Rupee (RM14,183).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here