Inilah dia jentera lumba Prelude-GT, pencabar baharu kelas GT500 Super GT Japan

16

Tidak pun sampai tempoh sebulan selepas pelancaran rasmi, Honda kini mendedahkan Prelude versi jentera lumba yang akan bertempur dalam kelas GT500 Super GT Japan.

Biarpun dengan penampilan yang sama seperti model Prelude standard, jentera ini menggunakan asas yang berlainan sama sekali.

Dengan casis monocoque gentian karbon, jentera ini dipadankan dengan panel badan luaran yang menyerupai Honda Prelude jalanan.

Mengikut undang-undang, Prelude-GT dikuasakan oleh nadi 2.0 liter turbo empat silinder sebaris yang mampu menghamburkan kuasa sekitar 650 hp yang memacu roda belakang.

Jentera Prelude-GT ini akan bersaing dengan jentera-jentera kelas GT500 seperti Toyota GR Supra GT500 dan Nissan Z Nismo GT500 bagi menggantikan Civic Type R-GT.

Menurut Masahiro Saeki dari Honda Racing, “Kami melihat potensi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi berbanding jentera Civic Type R-GT dengan menggunakan pengalaman perlumbaan selama dua tahun untuk pembangunan mesin Super GT berasaskan Prelude.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here