Utama Berita Automotif Berapa bayaran bulanan Honda Prelude? Kami kirakan untuk anda…

Berapa bayaran bulanan Honda Prelude? Kami kirakan untuk anda…

8

Kembalinya nama besar Honda Prelude dalam bentuk hibrid moden mengembalikan semula nostalgia dalam kalangan peminat automotif di Malaysia.

Menggabungkan estetika sport coupe yang ikonik dengan teknologi hibrid termaju, Honda Prelude Hybrid bukan sekadar kenderaan, malah satu simbol gaya hidup yang eksklusif. 

Rasmi dilancarkan minggu lalu pada acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026), jentera sukan dua pintu itu ditawarkan pada harga RM278,000 seunit.

Spesifikasi Ringkas: Nadi e:HEV & S+ Shift

Prelude generasi baharu ini dijana oleh sistem hibrid e:HEV yang menggabungkan enjin 2.0 liter 4-silinder kitaran Atkinson bersesaran 1,993 cc dengan sistem suntikan bahan api terus (DI).

  • Kuasa Enjin: 143 PS @ 6,000 rpm | Tork Enjin: 189 Nm @ 4,500 rpm
  • Kuasa Motor Elektrik: 184 PS @ 5,000-6,000 rpm | Tork Motor Elektrik: 315 Nm @ 0-2,000 rpm
  • Transmisi: Electric Continuously Variable Transmission (e-CVT) yang dipadankan dengan teknologi S+ Shift untuk pemanduan lebih dinamik.

Jadual Anggaran Ansuran Bulanan

Di bawah kami kongsikan kiraan kasar ansuran bulanan Honda Prelude yang didapati dari laman web Honda Malaysia. 

Pengiraan bulanan adalah berdasarkan pinjaman sewa beli selama lima, tujuh dan sembilan tahun dengan kadar faedah 3 peratus serta deposit 10 peratus. 

Contoh pengiraan anggaran bayaran bulanan (kadar faedah 3% setahun):

  • Harga Kenderaan: RM 278,000
  • Wang Pendahuluan (10%): RM 27,800
  • Jumlah Pinjaman: RM 250,200
  • Kadar Faedah Tahunan: 3% 

Berikut ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh pemilik : 

  • 9-tahun: RM 2,942.17
  • 7-tahun : RM 3,604
  • 5-tahun: RM 4,795.50

*Kos di atas belum mengambil kira kos tambahan seperti insurans tahunan, yuran pemprosesan bank, dan penyelenggaraan berkala

Pihak bank biasanya menawarkan margin pembiayaan sehingga 90 peratus untuk kereta baharu dan wang pendahuluan yang lebih tinggi akan mengurangkan jumlah pinjaman sekaligus bayaran bulanan lebih rendah. 

Memilih tempoh 5-tahun adalah strategi terbaik bagi mereka yang ingin meminimumkan jumlah faedah yang dibayar kepada bank. Walaupun komitmen bulanan lebih tinggi, anda akan melangsaikan hutang dengan lebih cepat, sekali gus mengurangkan kos keseluruhan pinjaman.

Manakala, pilihan 9 tahun memberikan kelonggaran aliran tunai bulanan yang paling baik. Ia membolehkan anda memandu model ikonik ini tanpa menjejaskan bajet bulanan secara drastik. Namun, perlu diingat bahawa jumlah faedah yang dibayar sepanjang tempoh ini adalah yang paling tinggi.

Berapa Gaji Bulanan yang ‘Selesa’ untuk Lulus Pinjaman?

Pihak bank biasanya menetapkan syarat ketat bagi pembiayaan kereta sukan atau kenderaan segmen premium.

Untuk memastikan pinjaman lulus dengan mudah dan aliran tunai bulanan tidak ‘tenat’, kami kongsikan formula gaji bersih bulanan yang disyorkan berdasarkan Rule of 1/3 (ansuran kereta tidak melebihi 30%-33% daripada gaji bersih).

Sekiranya anda memilih pinjaman sehingga 9-tahun sekurangnya gaji bersih minimum sebulan adalah antara RM9,000 hingga RM10,000. 

Ia merupakan komitmen paling ‘rendah’ dari segi bulanan dan memberikan kelonggaran aliran tunai yang baik tanpa menjejaskan bajet harian secara drastik. 

Bagi yang memilih pinjaman tujuh tahun dengan ansuran bulanan RM3,604, gaji bersih minimum diperlukan adalah di antara RM11,000 hingga RM12,000 sebulan. Ia pilihan pertengahan yang ideal bagi mereka yang mahu mengimbangi antara tempoh hutang dan komitmen bulanan.

Manakala tempoh pinjaman lima tahun melibatkan ansuran bulanan lebih tinggi sekitar RM4.8k yang memerlukan pendapatan bulanan yang sangat kukuh iaitu sekurang-kurangnya RM15,000 ke atas. 

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here