Berapa bayaran bulanan Honda CR-V e:HEV RS? Kami kirakan untuk anda…

210

Honda Malaysia rasmi mengumumkan harga varian tertinggi CR-V e:HEV RS ke pasaran tempatan pada harga RM195,590. 

Versi tertinggi itu dijana enjin 2.0-liter suntikan langsung 4-silinder Atkinson cycle DOHC yang menghasilkan kuasa 148PS @ 6,100rpm dan tork 190Nm @ 4,500rpm.



Gabungan motor menjana total output 184PS @ 5,000 – 8,000rpm dan tork 335Nm @ 0-2,000rpm  bersama transmisi e:CVT.

Berminat miliki Honda CR-V e:HEV RS tersebut?..di bawah kami kongsikan kiraan kasar ansuran bulanan CR-V yang didapati dari laman web Honda Malaysia. 

Pengiraan bulanan adalah berdasarkan pinjaman sewa beli selama lima dan sembilan tahun dengan kadar faedah 2.7 peratus serta deposit 10 peratus. 

Bagi memiliki RS, deposit yang perlu dikeluarkan adalah RM19,590 dengan jumlah pinjaman sebanyak RM176,310. 

Ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah:

  • 9-tahun: RM2,029.20
  • 5-tahun: RM3,335.20

Untuk makluman, Honda Malaysia turut menawarkan tujuh pilihan pakej aksesori bagi menyerlahkan penampilan CR-V iaitu :

  • Modulo : RM6,084
  • Smart Urban : RM4,209
  • Urban : RM3,543
  • Urban 1.0 : RM2,036
  • Utiliti : RM1,142
  • Protection : RM3,007
  • RM 1,149

Di samping bayaran bulanan, pengguna juga perlu membuat kiraan kos lain misalnya cukai jalan, minyak, tol dan sebagainya.

Cukai jalan yang perlu dibayar bagi varian RS adalah RM448 setahun manakala kos petrol bagi tangi minyak bersaiz 57 liter dianggarkan sekitar RM116.85 (RON 95) dan RM197.79 (RON 97). Harga mengikut pasaran semasa bahan api.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here